Thursday 2 June 2011

warkah buat kekasihku, Jah..

Surat dari  Palembang.
Adikku yang disayangi,

Abang sudah hampir satu minggu berada di Kota Palembang, sesudah selesai melawat Aceh, Bukit tinggi, Medan, Brastagi, Danau toba dan kampung-kampung di sekitar Bandar itu.
            Adapun darihal kajian-kajian dan risik selidik abang dalam Bandar-bandar dan daerah-daerah sumatera utara, sumatera tengah dan sumatera barat, (pecan baru dan sekiarnya), abang akan ceritakan kemudian kelak.
            Ketika menulis surat ini, yang sulung semenjak abang meninggalkan kuala lumpur, ibu kota Malaysia, yang sangat maju dan indah, abang berada di kuala meringin(dingin) yang di hulunya ialah bukit segantang yang amat masyhur ceritanya dalam kitab sejarah melayu, iaitu darihal Wan Empuk dan Wan Malini yang bertanam padi berbuahkan emas, berdaun perak dan batang-baangnya dari suasa.
            Abang menjadi tetamu bagi seorang tua, yang sungguh tua, seratua dua puluh tahun lebih usianya, tetapi masih sihat dan segar. Tak usahlah abang nyatakan panjang lebar darihal orang tua itu, sebab yang lebih perlu abang terangkan ialah darihal ilmu pengetahuannya mengenai bangsa melayu yang katanya, dalam zaman kerajaan Sri wijaya dulu, sesudah kuasa Majapahit dapat dikalahkan, telah mencapai kemajuan dan kejayaan yang sangat cermerlang dan mengagumkan kuasa-kuasa dunia yang lain yang wujud pada zaman itu.
            Diantara sebab-seba besar yang telah melemahkan, dan akhirnya menjahanamkan keagungan bangsa melayu, ialah ilmu-ilmu sihir dari india, oleh mahaguru-nahaguru Hindu, dan kemudia oleh ajaran-ajaran Budhha, dan termasuklah cerita-cerita dongeng daripada bangsa Arab dengan cerita seribu satu malam dan sebagainya.
            Misalnya, kata orang tua yang sungguh bijak bestari, ialah dongeng Wan Empuk dan Wan Malini yang konon-kononya telah menanam padi di bukit segantang yang berbuahkan emas, berdaun perak dan berbatang suasa itu.
            Yang sebenarnya dauk nenek kita pada zaman kegemilangan kerajaan Sri Wijaya dulu sudah mencapai bermacam-macam kemajuan. Diantara kemajuan-kemajuan itu ialah mencipta sistem pengairan hingga boleh menaikan air dari lembah ke lereng-lereng bukit seperti bukit segantang yang berhawa dingin itu dan juga menciptakan satu benih yang terbaik.
            Benih-benih padi yang terbaik itu telah duhantar ke beberapa buah daerah di pantai barat tanah semenanjung melayu, tetapi kebanyakkan telah dibinasakan oleh bangsa-bangsa lain yang sangat bimbangkan pengaruh dan kekuatan kerajaan Sri wijaya. Benih-benih padi yang ‘berbuah emas, berdaun perak dan batangnya seperti suasa itu’ telah dikirimkan sebanyak-banyaknya untuk ditanam di Pulau Langkawi, Perlis dan Kedah. Tetapi telah dibinasakan oleh lanun-lanun dan lascar-laskar dari siam(Thailand) dan itulah cerita usul asalnya ’padi terbakar’ yang kini masih ada di Padang Masirat di Pulau Langkawi


            Di kembayat Negara pula, atau Kemboja, dan sekarang bernama Kampuchea pula, bangunan-bangunan, astaka-astaka, istana dan mahligai yang indah dan permaiyang telah direka bentuknya dan dibina oleh tukang-tukang binaan bangsa melayu pada zaman dahulukala, telah diubahsuaikan oleh kaum Budhha, bertukar menjadi rumah-rumah berhala yang dinamakan Angkor Vat(wat-wat atau tokon-tokong Budhha)
            Bangsa melayu telah dilemahkan juga dengan cerita dongeng ‘Singapura dilanggar todak’ dan lain-lain.
            Dalam zaman kerajaan Melaka pula sekali lagi bangsa melayu telah dikhayalkan dengan cerita-cerita Hang Tuah, kisah Puteru Gunung Ledang oleh orang-orang yang beragama Budhha dari china dan india.
            Hingga sekarang, zaman kemajuan dan permodenan, bagngsa melayu terus dikhayalkan oleh orang-orang hindu dengan ilmu ‘transcedental meditation and mind control’ dengan cerita-cerita dongeng, ilmu silap mata, bermain ular dan sebagainya dari india dan china.
            Adikku yang disayangi,
            Abang akan tingal lama di Palembang, dan mungkin ababg akan dapat satu pekerjaan istimewa di sini dalam bidang perusahaan minyak yang dikendalikan oler syarikar Caltex. Ada beberapa hal yang sangat penting yang abang perlu kaji dengan teliti.
            Hanya beberapa haari yang lalu, sebelum abang menulis surat yang panjang lebar ini, Paktua yang sungguh banyak ilmu pengeahuannya, yang abang sedang kaji sekarang, telah menerangkan bagaimana sastera melayu telah disalahgunakan oleh cerdik pandai melayu yang mengaku cendikiawan, intelek dan bijak bestari.
            ‘Cuba dengar usul asal pantun-pantun dan pepatah-pepatih yang aku nak sebut pada engkau sekarang,’ katanya, dan orang tua itu pun berpantunlah:
            Tinggi-tinggi si matahari,
            Anak kerbau mati tertambat,
            Sudah lama kita mencari,
            Baru kini kita mendapat.

            Inilah asalnya pantun melayu yang punya makna dan maksudnya yang sangat baik, tetapi sudah ditukarkan oleh para bangsawan kita sendiri yang sangat terpengaruh oleh kisah-kisah cinta berahi yang disebarkan oleh bangsa-bangsa lain. Baris pantun ini yang ketiga dan keempatnya sudah ditukar kepada ‘sudah lama saya mencari, baru kini saya mendapat.’ Dan maksud negative dari pindaan itu ialah ‘yang baru didapati itu ialah wanita, kekasih yang diberahikan, kalau leleki, perempuanlah, dan kalau perempuan, lelekilah.’ Kata orang tua itu.
           
Adapun maksud asal pantun ituialah sekiranya anak-anak keturunan bangsa melayu yang pada zaman dahulu telah maju dalam belbagai-bagai ilmu pengetahuan, daya usaha meningkatkan mutu benda-benda makanan, kesanian dan kebudayaan, ilmu pertukangan, perkapalan, menternak binatang seperti kejayaan Wan Empun dan Wan alini telah Berjaya mengahwinkan berbagai-bagai jenis padi hingga tercipta oleh merela itu sejenis padi yang daunnya seakan-akan warna perak, batangnya seperti suasa dan buahnya kekuningan seperti emas sepuluh.
Dengan kata-kata lain, yang telah didapati oleh Wan Empun dan Wan alini itu ialah pertua dan ilmu pengetahuan yang sangat berguna; dan satu lagi ialah jikalau dan apabila anak-anak melayu suka dengan bangun tidur ‘meninggi hari’ , hingga pukul  11.00 pagi pun belum bangun maka bukan sahaja anak-anak kerbaunya mati tertambat, malahan anak-anak mereka pun akan mati kerana tidak minum dan tidak makan.’ Demikian ayah angkat abang itu, Pak Ayob namanya, telah menerangkan maksud asal pantun ‘tinggi-tinggi si matahari, anak kerbau mati tertambat’ itu kepada abang, yang pada hemat dan pengertian abang itulah yang sebenarnya, yakni bukan cinta berahi semata-mata!
Kemudian Pak Ayob berpantun lagi;
Sesudah anak kerbau mati tertambat,
aku peihara pula anak-anak lembu,
sesudah satu ilmu itu aku dapat,
aku cari pula lain-lain ilmu.

Sama ada tafsiran Pak Ayob itu akan diterima oleh para sasterawan melayu zaman  moden sekarang ini, yang kini sudah leka dan mabuk dengan puisi-puisi moden, tiadalah dapat abang ramalkan.
Setakat ini abang sudah risik di daerah-daerah Sumatra utara maka abang dapati cita-cita dunia melayu atau nusantara sedang berkembang disana, tetapi mereka juga menghadapi berbagai-bagai masalahyang rumit seperti kita di Malaysia, di antaranya ialah masalah-masalah ekonomi, penagihan dadah, bertambahnya kadar jenayah, gila kebendaan dan hiburan.
Waktu di medan abang telah diberikan beberapa maklumat yang mungkin jarang diketahui oleh orang ramai di Malaysia, iaitu dari hal beberapa orang Malaysia yang melabur kekayaan di Sumatra.
Seorang datin, kata mereka itu, kerapkali berulang-alikke medan dari kuala lumpur, membawa banyak wang tunai dan barang-barang kemas. Datin itu telah membeli beberapa keeping tanah di kampung asal ayahnya, dari suku minangkabau, membina rumah sewa dan lain-lain perlaburan.
Bila abang tanyakan siapakah datin itu, isteri siapa, janda siapa orang-orang di medan tidak mahu menyebutnya. Barangkali jah tahu, sebab jah jugak berasal dari Sumatra, bukan?
Jangan berkecil hatilah jah. Bukan semuanya orang-orang minangkabau yang’ rancak dilabuh’ yang ramai berniaga di Wisma Yakin itu bukankah baik-baik berlaka?
Sesudah selesai semua kerja-kerja abang di Palembang ini, kiranya abang dapat peluang maka abang akan pergi pula ke Jakarta, Yogyakarta, bandung, Surabaya dan lain-lain. Kemudian abang akan pergi ke Sulawesi puka. Jikalau abang ada peluang maka lepas lawatan-lawatan itu abang akan pergi pula ke Filipina. Abang mungkin akan balik ke kuala lumpur pada hujung tahun 1984 ini ikut Tokyo, korea selatan dan akan singgah di hong kong untuk merisik darihal skandal BMF di sana.
Pendeknya, jangan jawablah surat abang ini. Abang berkirim salam dan peluk ciumpada jah yang abang sungguh sayangi. Kirim salam peluk cium dari jauh tak salah, jah. Kita tidak  akan didakwa berkhalwat.

Reff: Buku sidang serangga oleh PAK SAKO.
Cetakan pertama 1990.

No comments:

Post a Comment